Tuesday, July 6, 2010

SEJARAH SEK. MEN. AGAMA PARIT SUBARI

Sekolah ini adalah salah sebuah Sekolah Arab di Negeri Johor Darul Ta'zim dan juga salah sebuah sekolah yang diiktiraf oleh Kerajaan Johor sebanyak 23 buah sekolah.Mula ditubuhkan pada tahun 1969 Al-Muafik 1390. Pada awal penubuhannya sekolah ini terletak ditepi jalan raya Batu 19 iaitu di antara Muar dan Batu Pahat,pada masa itu juga sekolah ini menumpang di sekolah inggeris kepunyaan Tuan Hj Maskuri Bin Mustahal.

Sekolah ini diasaskan oleh ketua kampung dan Penghulu Sungai Balang Muar, serta disokong oleh penduduk tempatan.Pada tahun 1968 ada seorang hamba Allah yang bermurah hati untuk mewakafkan seekar tanah untuk dijadikan tanah wakaf untuk mendirikan bangunan sekolah iaitu beliau yang dimaksudkan ialah Tuan Hj Mukhtar Bin Imam Raji dan pada masa yang sama juga ada dua orang lagi hamba Allah yang ingin memberikan sumbangan untuk mendirikan sebuah bangunan di tanah wakaf sekolah ini. Selepas daripada itu barulah dipindahkan bangunan ketanah wakaf tersebut, beliau yang di maksudkan ialah Tuan Hj Anuar Bin Hj Mustahal dan Tuan Hj Mashkuri Bin Mustahal, cara memindahkan bangunan tersebut ialah dengan cara bergotong-royong yang diketuai oleh Ketua Kampung Tuan Hj Salikin Bin Hj Wahid serta dibantu oleh orang-orang kampung. Pada 14 September 1969 sekolah ini di rasmikan oleh Tuan Hj Ismail Bin Saadun dari Jabatan Agama Johor.

Pada masa sekolah ini baru dibuka bilangan pelajar disekolah seramai 120 orang pelajar lelaki dan perempuan. dan ketika itu seramai 6 orang tenaga pengajar sahaja iaitu:

Ustaz Hj Husaini Bin Hj Tahir
Ustaz Bohari Bin Hj Shamsuddin
Ustaz Johori Bin Hj Syafiee
Ustaz Johari Bin Sukadi
Ustaz Samuji Bin Nawawi
Ustaz Mislan Bin Isnin

Pada awal tahun 70-an jawatan kuasa sekolah ini telah melantik ketua kampung Mukim Sungai Balang selaku pengerusi dengan ahli-ahli jawatan kuasa seperti berikut:

1.Tuan Hj Khalid Bin Hj Sirat
2.Tuan Hj Abdullah Bin Hj Sirat
3.Tuan Hj Johar Bin Yusuf
4.Tuan Hj Salikin Bin Hj Abd Wahid
5.Tuan Hj Mashadi Bin Hj Ali
6.Tuan Hj Abd Rahman Bin Hj Anuar
7 Tuan Hj Syahib Bin Hj Abd Salam
8 Tuan Hj Atan Bin Hj Mian (Naib Penghulu Sungai Balang)
9.Guru-Guru Agama Sungai Balang

Kedudukan kelas diwaktu itu ialah dari tahun satu sehingga tahun empat mengambil peperiksaan Ibtidaiah dan juga pelajar-pelajar mengambil peperiksaan Syahadah Ibtidaiah dan Sijil Rendah Pelajaran Malaysia (SRP) dengan kelulusan yang memuaskan, malahan pernah juga pelajar-pelajar ini mencapai kelulusan 100% didalam pelajaran.Sehubungan dengan itu juga ada diantara pelajar-pelajar disekolah ini yang dapat melanjutkan pelajarannya ke Maahad Muar, Maahad Johor dan ada diantaranya juga yang dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti Al Azhar Mesir,Universiti Jordan dan Universiti Medan Indonesia mengambil jurusan Usuludin dan Syariah. Ada juga antara mereka yang menjawat jawatan Guru Agama Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Barisan pengetua yang banyak berjasa menaikkan nama sekolah ialah :

1975 - 1980 (5 tahun) Haji Subari bin Haji Shamsudin
1981 - 2005 (25 tahun) Haji Hussaini bin Haji Tahir
2006 - 2007 ( 1 tahun) Mohd Razali bin A.Rahman
2007 - 2009 ( 3 tahun) Salbiah binti Sarmini
2010 Yohannas bin Miswan

No comments:

Post a Comment